Surat Kepada London Weight Management

Profile Pix

Maziah Profile

 

 

Kepada London Weight Management,

Saya Maziah, berumur 22 tahun dan seorang gadis lepasan IPTA. Kegemukan saya bermula semasa saya  menetap di asrama tempat saya belajar. Saya asyik fikirkan tentang pelajaran dan sering makan dengan kadar yang banyak tidak kira masa walaupun sehingga larut malam.

Suatu hari saya memakai baju lama saya dan saya dapati baju itu tidak muat  di  badan saya.  Baru saya  sedar  bahawa badan saya  telah  menjadi besar. Saya juga seringkali diejek oleh abang-abang saya dengan memanggil saya  ‘gemok’.  Saya  tidak  berapa  selesa  apabila  orang  memanggil  saya dengan panggilan itu. Selain itu juga saya mempunyai masalah kedatangan haid tidak menentu sehingga ada seketika saya tidak datang haid selama7bulan. Saya telah berjumpa dengan doktor pakar tetapi beliau mengatakan bahawa perkara tersebut adalah normal untuk remaja seperti  saya. Tetapi saya  tidak  berpuas  hati  dan  berfikir  mungkin  masalah  kegemukan  ini berpunca daripada berat badan saya yang tidak seimbang dengan ketinggian saya. Jadi, saya berfikir untuk mengurangkan berat badan yang sedia ada.Bermacam-macam kaedah yang telah saya cuba seperti berjogging,skipping,main gym, makan pil kurus, pakai co-set/bengkung dan meyapu losyen pada anggotaa tertentu tetapi masih juga tiada perubahan.

Pada suatu hari, saya berjalan di pusat membeli belah di mana pusat London Weight Management berada. Saya terdorong untuk mengetahui dan mencuba  sesi  rawatan  permulaan.  Saya  telah  berjumpa  dengan  pakar runding di pusat tersebut dan kami berbincang dengan lebih teliti  tentang masalah  yang saya  hadapi.  Itu yang membuatkan saya tertarik untuk meneruskan rawatan serta menjadi ahli di London Weight Management. Saya  mengimpikan  berat  badan  saya  mencapai  sehingga  47kg.  Ini kerana  berat  badan  saya  bersesuaian  dengan  ketinggian  saya  dan  juga masalah kesihatan saya menjadi lebih baik. Saya ingin memasuki program ini kerana  saya  mengimpikan  berat  badan  yang  ideal  dan  kelihatan  lebih bergaya daripada sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>