Hari Pertama Cabaran di London Weight Management

Blue Spirit
Pada hari pertama saya di London Weight Management , saya menceritakan tentang apa masalah yang saya hadapi. Consultant memberitahu bahawa saya mengalami gemuk toksin dimana toksin yang terkumpul di dalam badan sukar untuk keluar menyebabkan ia tersumbat didalam badan. Ini juga menyebabkan berat badan saya semakin bertambah dan kadar kesihatan dalam badan saya terjejas.
Berat Max - 68.75kg
Kemudian saya disuruh untuk menimbang berat badan dan ukur ketinggian saya.
Consultant menceritakan apa masalah yang saya hadapi serta sedikit sebanyak info tentang rawatan yang ditawarkan kepada saya.
 Saya ditawarkan untuk memasuki cabaran “PROJEK REALISASI” dimana saya diberi tempoh dalam 90hari umtuk menurunkan berat badan. Saya berasa sangat teruja kerana dapat diberi peluang dan saya akan bersungguh-sungguh dalam menjalani rawatan yang diberikan kepada saya.
sign contract

Saya disarankan untuk menurunkan berat badan saya sebanyak 10-12kg.

Pada sesi pertama saya, saya melakukan rawatan seperti bawah:

1) Buat steambath.

10- 20 minit. saya diberi satu tuala basah utk tutup muka dan air masak secawan. Nak bernafas dlm bilik tu agak susah disebabkan oleh haba wap yang tebal. Merasai duduk dalam bilik steambath sangat seronok sebab keluar peluh banyak sampai basah macam mandi membuatkan kita berasa segar dan terasa badan ringan.

2) Habis steambath masuk 1 bilik,consultant scrub satu badan. Selepas itu balut badan dalam hot blanket yang berfungsi untuk mengeluarkan lemak air dalam badan. Baring atas katil selama 20 minit. Rasa sangat best sebab keluar air dalam badan sangat banyak. Habis hot blanket, rehat dahulu  takut sekiranya mengalami pening kepala. Selepas itu consultant bagi tuala untuk mandi.

3) Kemudian masuk lagi satu bilik untuk ukur lilit badan. Kali ini mengguna mesin pula. Badan saya disapu dgn “ampoule” (cecair yg mengaktifkan pemecahan lemak). Letak wayar di bahagian tertentu seperti lengan,peha dan perut. Apabila on sahaja mesin itu terus terasa ada sesuatu yang menyucuk di badan. Semakin tinggi frekuensi semakin kuat mesin tu menyucuk dan semakin cepat lemak dipecahkan. 30 minit masa diambil untuk memecahkan lemak. Sungguh selesa sambil dapat berehat.

4) Selesai guna mesin itu, ukur lilit badan diambil sekali lagi. Kemudian ambil timbang berat badan. Saya kehilangan 2kg  pada sesi pertama ini. Berat saya yang pada mulanya 68.75kg, selepas buat sesi ini turun kepada 66.65kg.

Saya dapat rasakan badan saya semakin ringan dan segar dari sebelumnya. Saya sangat gembira dan ingin menyahut cabaran ini Jadi saya perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>