Tentang Diri Saya

images

149172_167574299933926_7537171_n

Saya seorang gadis yang mementingkan kesihatan dan kecantikan pada diri saya. Tetapi sesuatu benda yang paling saya suka adalah makan. Lagi-lagi kalau makan makanan yang segera seperti burger,pizza,ayam goreng, cheese, aiskrim dan macam-macam lagi.. Ini yang menyebabkan badan saya semakin hari semakin bertambah menjadi besar dan berat. Kadang-kadang tu kalau saya berdiri lama, tapak kaki saya sering sakit. Bukan itu sahaja, kitaran haid saya juga tidak begitu teratur. Setiap bulan mesti haid saya bermasalah. Saya fikir disebabkan badan saya yang gemuk ini adalah penyebab kesihatan saya teganggu. Pelbagai cara telah saya lakukan seperti bersenam, makan pil kurus, berdiet dan sebagainya tapi masih lagi tiada perubahan.

Pada suatu hari, saya berjalan di pusat membeli belah di mana pusat London Weight Management berada. Saya terdorong untuk mengetahui dan mencuba  sesi  rawatan  permulaan.  Saya  telah  berjumpa  dengan  pakar runding di pusat tersebut dan kami berbincang dengan lebih teliti  tentang masalah  yang saya  hadapi. Itu yang membuatkan saya tertarik dan percaya untuk meneruskan rawatan serta menjadi ahli di London Weight Management. Saya  mengimpikan  berat  badan  saya  mencapai  sehingga  47kg.  Ini kerana  berat  badan  saya  bersesuaian  dengan  ketinggian  saya  dan  juga masalah kesihatan saya menjadi lebih baik serta saya juga mengimpikan  berat  badan  yang  ideal  dan  kelihatan  lebih bergaya daripada sekarang.  Saya yakin saya mampu lakukannya! ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>